EM-IIG & Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd

EM-IIG bermaksud “Enhanced Malaysia International Internet Gateway (EM-IIG)” dan ia adalah projek telekomunikasi canggih dari Xiddig Cellular Communications Sdn. Bhd. Dalam laporan terkini MalaysiaKini bertarikh 22 Jan 2019, pukul 12.22 tgh, projek ini dikatakan bernilai RM5.45 bilion dan melibatkan jajaran fiber berkelajuan 150 TB sejauh 110,000 km. Alcatel Submarine Networks akan membangunkan kabel submarine sejauh 7500 km dari hub internet Hong Kong ke Malaysia bagi tujuan ini. Laporan sama turut menyebut, majlis pelancaran berkenaan disempurnakan oleh
YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Batu Pahat dan beliau turut membacakan teks ucapan dari Timbalan Perdana Menteri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Namun begitu MalaysiaKini beberapa jam kemudiannya mengeluarkan satu lagi laporan iaitu berita penafian dari Timbalan Perdana Menteri akan kebenaran berita berkenaan berkenaan pelancaran EM-IIG itu. Pejabat TPM dikatakan telah mengeluarkan siaran akhbar menafikan bahawa TPM telah memberikan kebenaran kepada YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon untuk membacakan teks ucapan bagi pihak TPM. Menurut siaran akhbar berkenaan TPM tidak pernah menyatakan sebarang sokongan kepada EM-IIG. Bacaan lanjut boleh di rujuk di laman MalaysiaKini.

Agak keliru dengan apa yang berlaku, saya telah membuat carian berkenaan YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon dan menjumpai laman Facebook beliau. Di sini terdapat satu penafian dari beliau berkenaan kehadirannya ke situ bukanlah untuk merasmikan atau membacakan teks ucapan TPM, tetapi beliau hadir atas jemputan sebagai mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau tidak dijadualkan untuk merasmikan atau membacakan teks ucapan. Berikut adalah dari laman Facebook beliau:


KENYATAAN MEDIA
Parlimen Malaysia, Selasa, 22 Januari: Merujuk kepada kenyataan media Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.
Untuk makluman, saya telah di jemput untuk hadir ke majlis pelancaran projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi “Enhanced Malaysia International Internet Gateway” (EM-IIG) yang dibangunkan oleh Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd di atas kapasiti saya sebagai mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Saya telah hadir awal ke majlis ini bagi mendengar ucapan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak di jadualkan untuk memberi sebarang ucapan apatah lagi untuk merasmikan majlis tersebut kerana saya jadualkan untuk ke Parlimen Malaysia sebaik sahaja tamat sesi ucapan Timbalan Perdana Menteri untuk menerima kunjungan hormat rombongan Speaker Dewan Rakyat Azad Jammu & Kashmir.
Setelah majlis bermula, saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan saya diminta untuk menyampaikan ucapan majlis tersebut.
Saya telah diberikan teks ucapan oleh penganjur sebagai panduan dalam ucapan saya. Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri ke majlis ini. Sebarang kenyataan yang menyatakan bahawa saya mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri adalah bertujuan untuk mengelirukan.
Saya menggesa penganjur untuk segera bertindak membetulkan keadaan dan sekali gus membersihkan nama saya dari sebarang kekeliruan. Jika pihak penganjur tidak mengeluarkan sebarang penjelasan dan penafian, pihak saya tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka.


YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Batu Pahat

Carian lanjut berkenaan EM-IIG ini menemukan beberapa berita dari tahun-tahun lepas.

Bernama : 6 April 2015 : XiddiG Labur RM3 Juta Bangunkan Platform TV Interaktif” – KKMM (6 April 2015). Xiddig dilaporkan berkerjasama dengan WMS Media Sdn Bhd untuk membangunkan platform TV interaktif. Ia juga turut melakukan kerjasama dengan IP Core Sdn Bhd untuk perkhidmatan internet kelajuan tinggi dan VOIP.

DPM launches East M’sia International Internet gateway” – Borneo Post (24 Jul 2016). Berita ini berkenaan pelancaran EM-IIG di Sabah oleh TPM pada waktu itu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Laporan menyebutkan EM-IIG akan dilaksanakan dalam 4 fasa, yang mana fasa 1 melibatkan penyediaan kabel dasar laut fiber berkelajuan 60 TB. Fasa 1 – 3 akan disiapkan dalam tempoh 2 tahun dengan kos RM850 juta melalui Private Funding Initiative (PFI). 2 tahun dari 2016 bermaksud ia sepatutnya disiapkan pada tahun lepas. Fasa 2 melibatkan penyambungan internet kapasiti tinggi kepada semua syarikat telekomunikasi di Sabah, dan fasa 3 melibatkan pembinaan pusat data peringkat 4 (tier 4 datacenter).

Angkasa, Xiddig sign MoU to pave way for cooperatives’ participation in EM-IIG” – The Edge (19 Jul 2017). Laporan ini berkenaan MoU antara Angkasa dan Xiddig di mana jumlah pelaburan oleh Angkasa dijangka sekitar RM5 juta. Dalam laporan sama, Pengerusi Eksekutif Xiddig turut mengulangi bahawa projek ini bernilai RM850 juta dan akan disiapkan dalam tempoh 2 tahun dan pembinaan telah bermula sejak July 2016 dan dijangka siap dan sedia digunakan pada Oktober 2018. Pengarah Operasi Xiddig iaitu Musa A. Rahman berkata fiber optik berkelajuan 150 TB ini adalah yang terbesar dan terpantas di dunia. Turut hadir dalam majlis MoU ini adalah Khalid S. Halawani iaitu Kaunselor Komersial di Kedutaan Arab Saudi. Xiddig dikatakan akan menyediakan internet berkelajuan tinggi di Mekah, Madinah dan Jeddah sebaik projek EM-IIG selesai.

NTV7 pada 15 Ogos 2017 melaporkan bahawa Xiddig diberikan kepercayaan untuk membina laluan internet kelajuan tinggi dari Hong Kong ke Arab Saudi. MoU antara Xiddig dan ICCE diwakili oleh CEO Dr Awad Othman Alssaf turut dilaporkan.

EM-IIG offers cheaper high-speed Internet service” – sme.com.my (16 November 2018). Laporan ini menyebut projek EM-IIG dengan laluan fiber berkelajuan 50 TB dari Hong Kong ke Malaysia akan disiapkan dalam tempoh 5 tahun. Pembangunan kabel dikatakan telah bermula pada awal 2018 dan dijangka memasuki perairan Malaysia pada April tahun ini. Stesen kabel dasar laut yang terlibat akan dibina di Bintulu, Papar, Pengerang, Batu Kawan/Batu Maung dan Tok Bali.

EM-IIG to bring down broadband price and offer 5G service” – NST (11 Dec 2018). Laporan ini berkenaan pertemuan Xiddig dan para kontraktor bagi tujuan pembinaan EM-IIG dan turut dihadiri wakil JKR iaitu Setiuasa Perancangan Korporat Zureen Zubir.

Mesiniaga bags job worth RM27m related to EG-IIM project” – sme.com.my (28 December 2018). Mesiniaga dikatakan telah memeterai perjanjian bagi menyediakan peralatan makmal dan kesiapsiagaan lokasi bagi projek EM-IIG daro Xiddig. Projek ini bernilai RM27 juta.

Sarawak’s internet speed to be 98 per cent faster with Xiddig’s EM-IIG project” – Borneo Post (11 Januari 2019). Laporan ini berkenaan perjumpaan Xiddig bersama kontraktor tempatan bagi mewarkan potensi kerja-kerja yang boleh dibangunkan dalam projek EM-IIG. Xiddig turut mengulangi berkenaan pembinaan Tier-4 Datacenter yang akan dibina di Sarawak dan Microsoft dikatakan sebagai pelanggan utama datacenter ini.

18 Januari 2019 – Mesiniaga membuat pengumuman di Bursa Malaysia bahawa mereka telah menerima LOA dari Xiddig bernilai RM1.9 bilion bagi penyedian peralatan telekomunikasi di tapak-tapak EM-IIG. Projek ini dijangka disiapkan menjelang 31 Mac 2020.

Prev PostSnippet tarikh lahir Islam
Next PostMelaka 750+7 Golf Open 2019 Part 1

Leave a reply