Melaka 750+7 Golf Open 2019 Part 1

Alhamdulillah tahun ini masih sempat menyertai acara Melaka 750 Golf Open. Acara dijalankan dari 16-17 Mac 2019.

Kali terakhir ia dijalankan pada 2017 iaitu 750 + 5. Tidak ada Melaka 750 + 6 Golf Open atas sebab-sebab tertentu. Saya ada menulis tentang Melaka 750+5 Golf Open di sini. Tentang banyak kelebihannya dan sedikit perkara yang boleh diperhalusi.

Jadi 2 hari ini saya bersama 2 rakan dan ribuan golfer tempatan mahupun antarabangsa menumpukan masa di Melaka, untuk 2 perlawanan.

Siang tadi saya di Ayer Keroh Country Club (AKCC). Course yang mencabar dan agak ‘kejam’. Kejam kerana garang menghukum golfer yang tidak mahu beringat dan waspada. Hutan di sekeliling AKCC sedia menunggu bola mu.

Berkenaan penganjuran hari ini, ia tetap menarik seperti biasa. Perasmian oleh Ketua Menteri YB Tn Hj Adly bin Zahari, terima kasih YB atas sokongan kepada sukan ini.

Cuma tahun ini agak kurang meriah, penulis perhatikan beberapa perkara berikut:-

1. Tidak ada cabaran novelties yang lazimnya diadakan dalam pertandingan golf, seperti LD, NTL atau NTP.

2. Tidak ada welcoming dinner sebagaimana event terdahulu.

3. Tidak disediakan refreshment ringkas di half way hut (sebagai rujukan ada makanan berbayar yang ditawarkan oleh kelab).

Selain itu saya berkira-kira bahawa jumlah penyertaan juga mungkin agak kecil. Ini berdasarkan pemerhatian berikut:-

1. Slot tempat penyertaan masih available kurang beberapa minggu dari tarikh pertandingan, berbanding tahun sebelum ini yang lakunya macam pisang panas.

2. Tidak ada wajah-wajah regular golfer yang kelihatan.

Tetapi ingin saya highlights tentang beberapa perkara yang berjaya dibuat dengan baik di AKCC hari ini:-

1. Pendaftaran pemain yang lancar dan mesra.

2. Air 4 botol yang dibekalkan bagi setiap pemain mencukupi, ia amat bermakna kerana cuaca sekarang memang panas.

3. Minum pagi dan lunch terurus dengan baik.

Cuaca yang panas memang tidak menyebelahi golfer, tapi itu perkara biasa. Saya akan sambung dengan ulasan Melaka 750 + 7 Golf Open Part 2 selepas selesai game di Orna esok pagi.

Prev PostEM-IIG & Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd
Next PostMelaka 750+7 Golf Open 2019 Part 2

Leave a reply