Google Cloud Platform (GPC) Percubaan Selama 12 Bulan

Google Cloud Platform sekarang menawarkan percubaan percuma untuk perkhidmatan cloud mereka. Dalam pendaftaran pertama kali, pelanggan dibekalkan kredit sebanyak $300 untuk penggunaan selama 12 bulan.

Apakah maknanya bagi anda penggemar CMS WordPress sekalian?

Wow! Ini adalah peluang terbaik untuk para blog owner berpindah ke Google Cloud Platform tanpa sebarang bayaran selama 12 bulan. Apa yang akan berlaku selepas 12 bulan, anda sendiri tentukan.

Adakah Google meminta maklumat kad kredit/debit semasa pendaftaran?

Ya, tetapi Google memberi jaminan bahawa kad itu tidak akan dicajkan secara auto selepas tempoh 12 bulan tamat. Ia hanya akan mula mengecaj kad anda selepas mendapat persetujuan pelanggan.

Saya telah mencuba perkhidmatan ini dan laporan yang lebih terperinci akan dikeluarkan kelak. Tetapi untuk rujukan segera, berikut adalah perbezaan loading time yang telah di catatkan.

Sebelum:

Selepas:

Prev PostTakaful vs. Insuran
Next PostTerbaru! Maxis Home Fibre vs. Unifi (30mbps)

Leave a reply