Terbaru! Maxis Home Fibre vs. Unifi (30mbps)

TM sebelum ini telah melancarkan kempen terbaru bagi pemasangan Unifi sehingga 31 Dec 2018. Harga paling istimewa adalah untuk pakej 30Mbps pada harga promo RM139/month yang sebelum ini pada kadar RM179/month. Itu adalah penjimatan RM40 sebulan. Dan jangan terkejut, pakej 30Mbps ini akan dinaik taraf secara percuma kepada 200Mbps bermula 2019 bagi menyokong seruan menteri komunikasi Gobind Singh Deo.

Tetapi kempen ini terbaru menerima saingan sengit dari Maxis Home Fibre yang menawarkan pakej 30Mbps hanya pada kadar RM89/month. Selain itu menerusi FAQ mereka turut dinyatakan kesediaan untuk menaiktaraf perkhidmatan ke 200mbps seperti yang ditawarkan oleh TM.


Prev PostGoogle Cloud Platform (GPC) Percubaan Selama 12 Bulan
Next PostMalaysia unlimited calls at RM38

Leave a reply