Hukum Memiliki Patung atau ‘Teddy Bear’

Saya membuat carian tentang hukum memiliki patung seperti ‘teddy bear’ atau bentuk-bentuk binatang lain di dalam rumah selepas ditegur oleh ibu tentang barang permainan yang saya belikan untuk anak kebanyakannya berupa patung beruang, penguine, burung, arnab atau memerang. Keadaan ini mengakibatkan malaikat (keberkatan) tidak memasuki rumah.

Berikut ini antara sumber yang dijumpai:

Hukum Memiliki Anak Patung dan ‘Teddy Bear’

Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.

Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.

Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam “Fatawa Muasirah” berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri
baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.

Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan
berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut spt plastesin dll).

Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam,
tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).

Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.

Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.

Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba’34: 12-13)

Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?

Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.

Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.

Sumber di sini.

Ibnu Arabi juga menyebut bahawa telah ijmak ulamak mengharamkan gambar patung-patung, tetapi jumhur ulamak mengharuskan (membolehkan) patung-patung mainan kanak-kanak

Sumber di sini.

Mengukir/membuat patung –patung manusia dan binatang adalah haram kecuali untuk permainan kanak-kanak atau bagi tujuan pendidikan , pembelajaran atau pengetahuan. Pekerjaan membuat patung mainan dan pendidikan adalah harus pada syarak.

Sumber di sini.

c. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang sempurna tetapi berasaskan kemaslahatan yang mu’tabar di sisi Syara’ maka hukumnya adalah dibolehkan seperti pembuatan dan pemilikan patung untuk tujuan pendidikan seperti anatomi badan manusia yang lengkap untuk pengajian biologi atau permainan kanak-kanak dan sebagainya

Sumber di sini.

Kalau macam daripada patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekedar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak.

Oleh karena itu kata Aisyah:

“Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut karena takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam salah satu riwayat diterangkan:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahwa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya.” (Riwayat Abu Daud)

Sumber di sini.

Jadi kesimpulannya saya percaya patung-patung yang bertujuan untuk permainan (hiburan) atau pendidikan untuk anak tidak menyalahi hukum.

Patung yang jelas haram kategorinya adalah patung yang menyerupai jasad hidup bagi tujuan memperingati seseorang yang mana mungkin boleh merosakkan akidah kita.

Wallahualam.

Prev PostPeristiwa Bukit Kepong
Next PostHari Tanpa Tembakau Sedunia dan Pengharaman Rokok

6 Comments

  • Hamba Allah

    October 20, 2017 at 4:18 pm

    Jika saya ingin memiliki plushie ironman? Adakah itu dibenarkan? Hanya tujuan untuk permainan saya yang berumur 14 tahun. Saya juga mempunyai plushie kucing (pusheen). Adakah ia dibenarkan?

    svgReply
  • Basri MY

    April 13, 2014 at 8:48 pm

    Kepada Momey/Ina, minta maaf saya tidak dapat menjawab soalan Saudara/Saudari oleh kerana kekurangan pengetahuan saya berkenaan hal ini. Apa yang saya share dalam artikel ini adalah berdasarkan carian sahaja. Ada baiknya Saudara/Saudari bertanya pada yang pakar.

    svgReply
  • ina,,

    March 31, 2014 at 10:40 pm

    assalamualaikum. saya mohon penjelasan ustaz/ustazah/encik /cik tentang..apakah hukum jika membuat tidur patung anjing yang diberikan oleh seorang kawan beragama kristian ? saya berasa tidak tergamak untuk menolak pemberian ini kerana risau ia mengecewakan kawan tadi . Mohon penjelasan .

    svgReply
  • aiman

    April 24, 2013 at 2:46 pm

    Salam,saya ingin menjual teddybear ni..tp takut bkn utk kanak2..remaja yg membeli..bagaimana yea?

    svgReply
  • momey

    March 16, 2011 at 11:26 pm

    salam. saya mahu tanya, kebanyakkan yg beli sekarang adalah remaja. mereka menggunakan tedybear bkan untuk permainan, tapi untuk buat peluk2 semasa tidur, seperti bantai peluk dan memang tiada niat langsung untuk menyembah patung tersebut.. adakah boleh ke?? tq.

    svgReply
  • sayidah

    December 13, 2009 at 12:28 pm

    assalam..
    abg basri..nk tanya ckit..
    kalo kte terima hadiah teddy bear sama ada yg bsr atau pon yg berupa key-chain,bley ke kte simpn??
    ataupon kte nk isi kat beg..bley??

    svgReply

Leave a reply