Judi dalam golf (part 2)

Baru-baru ini tersebar tentang hukum beberapa kaedah pertandingan yang menjadi kelaziman diamalkan oleh sebilangan besar pemain golf. Sebaran ini bagus, memberi ilham untuk kita berfikir. Bacaan berkenaan sebaran berkenaan dalam Judi dalam golf (part 1).

Antara petikan ayat suci Al-Quran berkenaan judi adalah:

Al-Maidah 90:

Terjemahan Pickthall:

O ye who believe! Strong drink and games of chance and idols and divining arrows are only an infamy of Satan’s handiwork. Leave it aside in order that ye may succeed.

Terjemahan ABDULLAH MUHAMMAD BASMEIH:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Al-Maidah 91:

Terjemahan Pickthall:

Satan seeketh only to cast among you enmity and hatred by means of strong drink and games of chance, and to turn you from remembrance of Allah and from (His) worship. Will ye then have done?

Terjemahan ABDULLAH MUHAMMAD BASMEIH:

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Al- Baqarah 219:

Terjemahan Pickthall:

They question thee about strong drink and games of chance. Say: In both is great sin, and (some) utility for men; but the sin of them is greater than their usefulness. And they ask thee what they ought to spend. Say: that which is superfluous. Thus Allah maketh plain to you (His) revelations, that haply ye may reflect.

Terjemahan ABDULLAH MUHAMMAD BASMEIH:

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Apakah yang dimaksudkan dengan Maisir (games of chance)?

Wikipedia mengatakan Maisir sebagai ‘mudah’, iaitu perbuatan mendapatkan harta melalui cara mudah tanpa usaha berasaskan nasib semata-mata.

Bacaan berkaitan:
Judi dalam golf (part 1)
Judi dalam golf (part 2)
Judi dalam golf (part 3)

Prev PostJudi dalam golf (part 1)
Next PostJudi dalam golf (part 3)

Leave a reply