Judi dalam golf (part 1)

Golf adalah sejenis sukan berbentuk pergerakan fizikal yang dapat kita ambil beberapa manfaat darinya. Golf mengutamakan disiplin, keterampilan, kejujuran & kebanggaan (pride?). Permainan ini mempunyai peraturan yang sangat ketat, disiplin diri adalah kunci kepada segalanya. Selain itu ia menuntut supaya setiap pemain sentiasa dalam keadaan kemas dan gentlemen. Pemain harus jujur kepada diri sendiri dan orang lain ketika dalam permainan ini, kerana di situ ada pride bagi seorang golfer. Golfer tidak akan menipu stroke mereka semata-mata untuk kelihatan hebat, tetapi kehebatan itu akan lahir dari permainan yang baik.

Berkaitan kegiatan judi dalam golf: sesiapa sahaja dalam permainan ini akan sedia maklum akan kewujudan beberapa versi permainan golf yang memerlukan pemainnya mengeluarkan bayaran tertentu. Contoh seperti berikut:-

1. Pool – setiap pemain mengeluarkan sumbangan dengan jumlah yang dipersetujui, contoh RM50 bagi seorang. Jika permanan dijalankan berempat, maka pool terkumpul adalah RM200. Jumlah pool ini akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, atau ada juga yang memberikan untuk pemenang pertama dan kedua. Cara pengiraan pemenang boleh ditentukan dengan pelbagai cara contohnya gross strokes, net strokes, stableford dan sebagainya.

2. Ikan – kelihatan seperti pool di mana setiap pemain akan menyumbang dengan jumlah yang dipersetujui, contoh RM50 dan jumlah pool adalah RM200 bagi empat pemain. Bezanya pada penentuan pemenang yang mana pemain yang memperolehi par pada lubang tertentu dikira telah mendapat 1 ekor ikan. Jika beliau dapat birdie pada lubang seterusnya, maka dia memperolehi 2 ekor ikan baru dan menjadikan jumlah 3 ekor ikan yang dimiliki. Ikan akan mati sekiranya pemain membuat pukulan buruk dan berakhir dengan double boogie atau lebih teruk. Pada akhir permainan, setiap pemain dikira jumlah ikan mereka dan jumlah ini menandakan berapa percent kemenangannnya dari jumlah pool.

3. Cut-throat – jenis permainan ini memerlukan pemain yang lebih buruk permainannya membayar kepada pemain yang membuat pukulan lebih baik. Dalam flight berkenaan, pemain yang paling buruk pukulannya akan membayar kepada pemain no 3, no 2 dan no 1.

Berbagai-bagai jenis versi pertandingan lain lagi yang sering didengar, contoh:

1. Nearest to pin
2. Nearest to line
3. Longest distance

Dalam sehari-dua ini mungkin group whatsapp golfer sekalian dipenuhi dengan mesej peringatan tentang keharaman judi dalam golf. Alhamdulillah, semakin bertambah kesedaran dan pengetahuan kita semua.

Berikut ini petikan dari mesej group whatsapp:

MINIT MESYUARAT J/KUASA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TARIKH: 3 MUHARRAM 1430H (31/12/2008)
4. MEMBINCANGKAN KERTAS KERJA
4.1 Mohon Fatwa Hukum Permainan Golf
4.1.1 Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka J/Kuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut:

Berhubung dgn permainan Pool yang ada melibatkan persetujuan sesama pemain untuk menyumbang wang pada kadar tertentu bagi tujuan membayar harga makanan dan minuman di Club House atas dasar redha meredhai, tiada tekanan dan perasaan tidak berpuas hati diatas jumlah yg ditentukan sesama mereka, maka ia adalah harus. Akan tetapi sekiranya duit yang disumbangkan oleh setiap pemain tersebut diberikan kepada pemain yg mendapat markah Score tertinggi, maka ia adalah dilarang kerana terdapat unsur perjudian wpun jumlahnya sedikit.

Manakala permainan golf secara kaedah Las Vegas, Bakarat atau sepertinya yang melibatkan pertaruhan wang yang dinilaikan keatas bola sama ada jumlah wang itu kecil atau besar, untuk suka-suka, untuk belajar cara mengira atau
memahami permulaan permainan itu, masing-masing redha meredhai sekadar sampingan untuk menjadikan lebih menarik dan mencabar atau atas apa alasan jua, maka ia adalah haram kerana tedapat unsur pertaruhan dan perjudian. Perbuatan ini adalah merupakan salah satu daripada dosa besar. Segala hasil daripada perjudian tersebut adalah haram. Sesiapa yang terlibat hendaklah berhenti meninggalkan permainan golf menggunakan kaedah ini serta perlulah bertaubat dgn taubat nasuha dgn segera.

Oleh itu bagi mengekalkan keharusan permainan golf ini, maka semua yang terlibat wajib mematuhi syarat-syarat berikut:

1. Tidak ada unsur perjudian. Jika ada perkara yang dikategorikan sebagai judi, maka ia akan menjadi haram bahkan ia merupakan salah satu daripada dosa besar. Perkara yang dimaksudkan sebagai judi adalah seperti berikut:
a) Sama ada ia suatu permainan yg menggunakan wang taruhan dpd peserta, atau
b) Setiap permainan yang disyaratkan padanya seseorang yg menang akan memperolehi sesuatu dpd yang kalah, atau
c) Sesuatu bentuk permainan yang mengandungi sebarang unsur pertaruhan daripada pemain dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut, atau
d) Apabila adanya pertaruhan yang dikeluarkan oleh semua peserta. Pertaruhan daripada peserta inilah yg akan dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang memenangi sst pertandingan, atau
e) Setiap yang menyertai pertandingan tidak akan terlepas daripada dua risiko yakni sama ada mendapat untung ataupun rugi. Seseorang itu akan mendapat keuntungan apabila ia memenangi sesuatu pertandingan kerana ia akan mengaut semua pertaruhan peserta2 lain. Manakala jika kalah, ia akan menanggung kerugian kerana kehilangan wang pertaruhan yg dikeluarkan.
2. Permainan golf itu tidak menghalang daripada mengingati Allah dan menunaikan Solat.
3. Tiada unsur yang dilarang dan dibenci oleh syarak, seperti disebabkan permainan golf akan menyebabkan seseorang itu berpaling daripada tanggungjawabnya.
4. Tidak membuang masa dengan permainan golf sehingga menyebabkan tertinggal dan terabainya segala hak dan kewajipan yang wajib ditunaikan.
5. Tidak ketagih – membiasakan diri dgnnya sehingga sampai ke tahap tersebut.
6. Tidak ada unsur pembaziran.

Dari sini timbul tanda tanya saya yang seterusnya;

1. Apakah yang dimaksudkan dengan judi dalam Islam?
2. Bagaimana judi yang digambarkan dalam Al Quran dan Hadis?
3. Apakah bentuk perjudian yang berlaku sebelum era keharamannya?
4. Apakah judi (game of chances) hanya bersandar kepada nasib semata-mata?
5. Apakah skill dan penguasaan pemain yang membolehkan beliau menang tidak diambil kira?
6. Adakah judi (game of chance) adalah sekumpulan dengan insuran, share trading, etc kerana aktiviti ini melibatkan ketidaktentuan dan juga risiko?

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk terus mencari ilmu pengetahuan.

Bacaan berkaitan:
Judi dalam golf (part 1)
Judi dalam golf (part 2)
Judi dalam golf (part 3)

Prev PostHero sebenar - Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi
Next PostJudi dalam golf (part 2)

Leave a reply