LPT Jabor – Bukit Besi (part 2)

Ada perkembangan terkini selepas entry saya berkenaan LPT Jabor – Bukit Besi yang pertama dulu.

Petang tadi sekitar pukul 3.15pm saya bertolak dari pintu rumah di Dungun, bergerak ke LPT melalui exit Kuala Dungun (selepas Kg. Che Lijah).

Kemudian saya sampai ke Paka. Jalan Kuala Dungun – Paka memang pun dah siap lama.

Kemudian selepas ambil exit Paka (tak boleh terus, sebab dah block. Bukan block dengan kon, tapi dengan batang paip sebesar tayar lori). Selepas ambil exit Paka, perlu buat uturn sebelum kompleks tol seolah nak gerak ke dungun semula. Tapi ambil laluan ke Kerteh, jalan ni tidak di halang.

Perjalanan dari Paka ke Kerteh sekejap je, tapi terpaksa ambil lane jalan sebelah sebab jalan yang sebelah sini tak siap. Bawak kereta slow-slow, tengok keter dari depan. Sebab ini arah berlawanan.

Sampai di Kerteh, tak ada halangan, boleh terus ke Kijal. Tapi sampai pertengahan jalan, saya terpaksa turun ke jalan tanah merah sekitar 500m sebab jambatan tak siap lagi. Oklah, bukannya susah sangat. Cuma kalau malam agak seram, macam merangkak dalam semak.

Lepas tu dah sampai Kijal, terus saja jalan macam biasa ke Cheneh, then Jabor. Ini laluan yang confim dah siap dan tak ada tol.

Di Jabor, waktu tu sekitar 4.30pm. Oklah perjalanan 1 jam +++ few minutes dari Dungun ke Jabor dan masuk ke bypass untuk ke Kuantan.

Kalau dah siap sepenuhnya nanti boleh menjimatkan masa, dari Kuantan ke Dungun sekitar 1 jam sahaja. Itu kalau bawa kereta slow macam saya, kalau naik motor besar mungkin tak sampai 30 minit…hehe.

Berhati-hati di jalan raya 😉

Prev PostPersediaan bibik balik bercuti - part 2
Next PostSkybox F5s - stock clearance (Kuantan)

Leave a reply