LPT Jabor – Bukit Besi

Info bagi pengguna LPT yang bercadang nak testing-testing lalu macam yang saya buat hari ni (raya ke-6 Aidilfitri 2014).

Percubaan pertama nak lalu LPT dari Kuantan ke Bukit Besi tak berjaya disebabkan traffic sangat busy sebelum raya, terpaksa saya berpatah balik ke Jabor dari Ceneh.

Okay untuk perjalanan dari Bukit Besi ke Jabor, berikut laluan yang saya cuba.

1. Dari Bukit Besi hala ke Paka. Exit di Paka.

2. Di sini ada 2 pilihan, samada nak lalu melalui Jalan Jerangau – Jabor atau laluan melalui bandar Paka. Saya pilih melalui bandar Paka.

3. Sampai di Kerteh, ambil simpang ke kanan selepas balai polis. Kita akan jumpa persimpangan LPT Kerteh selepas 4km. Tapi belum siap boh! Jambatan pun tak sambung lagi.

4. Terus lalu ikut kampung kat depan tu. Sampai ke Adtec Kemaman, ada 2 pilihan nak terus ke Ayer Jerneh/Ibok atau Sri Bandi. Saya pilih Sri Bandi (kanan). Dalam beberapa km akakan jumpa persimpangan LPT Kijal. Tanya Bangla kat situ, dia kata boleh lalu. Saya pun speeding 140km, rupanya jalan tak siap lagi kat depan bro! Nasib baik aku tak langgar bongkah simen dia letak betul-betul melentang tengah jalan. Kat sini pun kena beringat, ramai budak-budak kampung merempit test jalan. Sekali-sekala kena masuk lane sebelah, sampai la ke persimpangan Ceneh.

5. Dah sampai Ceneh, terus je lah henjut sampai Jabor! Di Jabor baru ada tiket tol.

Sini ada pic kalau ada yang perlu…

lpt

Prev PostForex Haram
Next PostMisteri kenapa roti boleh hilangkan bau durian dari kereta?

2 Comments

  • Mr Bukit Besi

    August 18, 2014 at 8:20 pm

    Terima kasih di atas info yang diberikan, saya ikut laluan yang dicadangkan di atas. Memang sangat mudah dan cepat. Tak sabar tunggu LPT ini siap secara sepenuhnya. Tak lama lagi perjalanan ke Kuantan dan ke Kuala Lumpur akan lebih cepat. Terima kasih admin dan terima kasih pada kerajaan Terengganu. Syabas!

    svgReply

Leave a reply