Misteri kenapa roti boleh hilangkan bau durian dari kereta?

Jika anda skeurang-kurangnya pernah membawa beberapa biji durian, atau lebih teruk sebekas tempoyak untuk perjalanan yang memakan masa beberapa jam, anda mungkin lebih tahu bagaimana baunya kereta tersebut untuk beberapa hari selepas itu. Bau durian atau tempoyak tidak mudah hilang begitu saja, ia bagai melekat dengan ketat di dalam kereta.

Seorang kawan pernah memberitahu daun pandan jika diletakkan dalam kereta yang berbau, boleh mengurangkan bau durian. Saya belum pernah cuba, tapi rasanya ini tidak lebih dari taktik menyembunyikan bau durian dengan bau pandan.

Yang saya pernah cuba ialah meletakkan beberapa bungkus roti dalam kereta. Cara ini memang berkesan bagi saya. Bapa dan ibu mertua saya agak terkejut melihat kepingan roti “dibazirkan” dengan banyak di lantai kereta. Dalam kes ini, saya ada sedikit masalah untuk justify kenapa roti boleh menghilangkan bau durian? Apa sebabnya jadi macam tu, lebih kurang begitu soalan bapa mertua saya. Saya cuma bagi jawapan selamat, mungkin yis yang ada dalam roti menyedut bau itu.

20140802_120313

Tetapi hari ini, saya dah berazam untuk mencungkil “misteri” mengapa roti boleh hilangkan bau durian. Ya sekurangnya saya tak perlu main tembak saja lagi di masa hadapan 😉

Mengikut carian yang saya buat, unsur yang lebih baik untuk berinteraksi dengan bau yang kurang menyenangkan ialah serbuk penaik roti, orang putih sebut baking soda. Memanglah dalam roti ada unsur ini, jadi inilah kunci jawapannya. Tapi bagaimana ia berlaku? Kalau lebih saintifik, baking soda ini, atau nama lainnya seperti sodium bicarbonate, sodium hydrogen carbonate yang selalunya di tag E500 di pembungkus roti. Baking soda ini sebenarnya bersifat alkali, dan ia amat sensitif dengan acid. Bau-bauan yang kurang menyenangkan selalunya disebabkan oleh unit-unit acid yang berterbangan. Jadi, bahan baking soda ini apabila bertemu dengan acid akan menjadikan ianya neutral, bila neutral tidak ada lah bau durian lagi. Wow, begitu rupanya! Bacaan lanjut boleh di rujuk sini dan sini.

Selain baking soda saya juga terjumpa beberapa lagi benda asas yang murah yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau dari kereta atau peti ais.

1. Cuka makan
2. Oats
3. Serbuk kopi
4. Jus limau
5. Rempah ratus

Bacaan lanjut di sini.

Prev PostLPT Jabor - Bukit Besi
Next PostPersediaan bibik balik bercuti - part 1

Leave a reply