Negaraku dan cabaran perkauman

Perkembangan yang berlaku akhir ini menampakkan betapa bunga-bunga krisis perkauman di Malaysia agak membimbangkan. Setiap hari ada saja laporan tentang perkara-perkara yang menimbulkan rasa kurang puas hati disebelah pihak. Keesokannya keluar pula pihak yang di sana membalas kutukan kepada pihak yang satu lagi.

Ini seolah membuktikan agenda perpaduan yang dijalankan di peringkat nasional sebenarnya tidak mencapai hasil yang sepatutnya. Salah di mana? Salah siapa?

Perkara-perkara yang nampak sensitif senang-senang saja dikomen oleh sesiapa sahaja tanpa mengira impak negatif yang mungkin timbul. Adakah dengan alasan kebebasan bersuara maka semua benda boleh diperlekehkan dalam konteks pemahaman mereka sendiri.  Sedangkan mahkamah di Belanda menjatuhkan Geert Wilders sebagai bersalah dalam isu filem fitna walaupun beliau melakukannya atas alasan kebebasan bersuara, di Malaysia apakah undang-undang yang ada tidak mampu lagi membendung bunga-bunga perkauman seperti ini?

ISA jika tidak disalahgunakan, amat diperlukan di Malaysia untuk tujuan-tujuan seperti ini.

Prev PostHolier Than Thou
Next PostDebit Cards in Malaysia

Leave a reply