Persediaan bibik balik bercuti – part 1

Kalau baca dari internet, hati jadi tak senang memikir berkenaan bibik nak balik beraya. Lain sumber, lain keperluannya. Bimbang kalau-kalau perjalanan bibik nanti bermasalah. Saya ada juga cuba call Kedutaan Indonesia, tapi susah sikit nak masuk line sebab sibuk. Saya ambil keputusan untuk bertolak ke KL sehari lebih awal sebagai persediaan jika ada perkara yang belum beres lagi.

Jadi sesampai di kedutaan, kebetulan melalui kedai-kedai fotostat. Disapa oleh seorang lelaki yang saya percaya kerja di salah satu kedai. Dia cadangkan saya fotostat passport bibik, ic majikan dan insuran bibik. Insuran ini saya dah buat tahun lepas dan masih hidup, jadi tak perlu buat baru. Kalau buat baru kosnya RM95. Lelaki itu juga cadangkan saya beli insuran bibik di Indonesia, katanya perlu. Tapi saya reserve dulu sehingga saya berjumpa wakil kedutaan sendiri.

Masuk ke kedutaan, ke kaunter pertanyaan dan ambil borang permohonan balik cuti. Rupanya memang wujud permohonan seperti ini di kedutaan. Maksudnya, jika balik tak merujuk kedutaan bibik saya akan tersangkut sebab bibik perlu buat satu kartu pekerja. Kartu ini hanya boleh dibuat di Indonesia dan dokumentasinya dari Kedutaan di Malaysia. Kartu ini amat penting, tak ada kartu maknanya tak boleh keluar Indonesia untuk bekerja.

Jadi di sini saya senaraikan checklist yang perlu dibuat seperti mana rujukan saya kepada kedutaan Indonesia:

1. Mengisi kontrak kerja (3) salinan – kontrak ini ada nama majikan, nama bibik, tandatangan dan gaji bulanan (minimum RM700).

2. Salinan IC majikan (2) salinan – dah saya buat di parking lot tadi.

3. Salinan insuran pekerja di Malaysia (2) salinan – dah saya buat.

4. Salinan passport bibik depan, permit, belakang (2) salinan – juga dah dibuat.

Jadi separuh kerja dah dibuat, thank bro parking atas cadangan bro 😉

Ambil nombor giliran, tunggu di kaunter 32. Agak lama menunggu – sejam lebih sebelum dipanggil.

Bila dipanggil, saya dan bibik sama-sama masuk menghadap pegawai bertugas. Nampaknya dia cuma semak kontrak. Dan buat interview sikit-sikit. Ok selesai dan tunggu di luar untuk pengesahan dan cop kedutaan pada kontrak.

Bab nak dapat cop ni agak lama..dekat 2 jam. Bila nama dah dipanggil dan dapat 2 salinan kontrak, habis lah tugas nya. Bibik dah boleh balik, tapi ingat perlu buat kartu pekerja di Indonesia. Apa keperluan untuk buat kartu?

1. Salinan kontrak yang disahkan oleh kedutaan

2. Insuran bibik di Indonesia (ini saya minta bibik beli sendiri).

3. Surat cuti dari majikan (ini boleh je draf sendiri).

Kos kartu? Free jer. Kecuali kena bayar untuk beli insuran lebih kurang Rp120,000 lebih kurang RM30.

Begitulah yang saya buat. Bibik dah selamat sampai ke Surabaya. Balik Malaysia soon. Harap-harap tak ada masalah lain. Bersambung bila bibik dah sampai Malaysia.

Sambungan di sini.

Prev PostMisteri kenapa roti boleh hilangkan bau durian dari kereta?
Next PostMaybank Mobile Trading vs. OSK188 OMS

3 Comments

Leave a reply