Projek Kancil

Ini adalah projek khas yang saya telah mulakan beberapa minggu lepas.

Objektif projek adalah;
1. Menghidupkan semula Kancil 660 saya yang telah setahun tak bergerak.
2. Mencantikkan Kancil ini untuk kegunaan santai.

20150711_132959 (1)

Step 1 (sekitar Julai 2015):
Panggil pomen datang periksa kesihatan Kancil. 2 orang pomen anak muda datang tengok, berkat skill mereka Kancil ini dapat dihidupkan. Jadi bolehlah bawa ke workshop tanpa towing (jimat banyak).
Pomen terlibat, En. Li (012-9502184) dari Bukit Rangin, Kuantan.
Operasi pertama ini hanya bertujuan untuk Kancil ni boleh gerak je.
Accumulated cost: RM200

Step 2:
Dapat nasihat dari pomen brek dah jam. Tayar pun dah bengkak.
Terus ke 1 lagi kedai pomen yang dekat sikit dengan rumah untuk buat brek.
Then tukar tayar serta servis. Kedai tayar ni (dekat Restoran Suria Perdana) tak berapa bagus, sebab ada cubaan untuk pow customer. Not recommended.
Accumulated cost: RM200+RM700=RM900

Step 3:
Bagi cantik di interior. Tukar seat & dashboard. Tune enjin sikit.
Li pomen advise tukar carburator, nak kena cari lah tu.
Accumulated cost: RM900+RM750=RM1650

Step 4:
Jumpa carburator di mudah.my. Penjualnya ada di Selangor. Dapatlah used carburator RM130 termasuk penghantaran.
Accumulated cost: RM1650+RM130=RM1780

Step 5 (7/11/2015):
Sekarang nak kena tukar filem cermin (tint). Jumpa kedai yang agak murah, owner nye pun agak baik.
Niat asal hanya nak tukar filem, tapi ternampak barang-barang berikut:
-seat cover
-wiper depan dan belakang
-stering
-floor mat
Kos terus meningkat dari niat asal nak tukar filem RM130 ke RM710.
Tapi kedai aksesori ni boleh di recommend, sila ke KOK AUTO EKSESORI jalan dari Perkampungan Chenderawasi ke Kg Tiram, sebelah kiri.
Accumulated cost: RM1780+RM710=RMRM2490

Step 6:
Kebetulan sebelah kedai eksesori ada pula kedai air cond. Aircond Kancil ni memang tak sejuk pun, dah nak kena repair. Nama kedai S-A Car Aircond, owner nye Kit (Panjang) 010-2659246. Servis memang bagus dan cepat. Gigih dia mencari kat mana bocor aircond guna air sabun.
Accumulated cost: RM2490+RM200=RM2690

Step 7:
Masanya untuk guna servis dari Ah Chee Spray sekali lagi. Memang mudah berurusan. Dia boleh datang ambil kereta kalau ada masalah untuk hantar sendiri.
Masih dalam proses.

Bersambung soon….

So kereta pun dah ambik, memang terbaik Ah Chee Spray, ada diskaun lagi.

Accumulated cost: RM2690+RM1400=RM4090

Step 8:

Tambahan Window Visor Rain Guard, tukar belt aircond.

Accumulated cost: RM4090+RM80=RM4170

Ini keadaan kancil setakat hari ni:

kancil

Step 9:

Enjin dan aircond tak berapa ngam. Kalau dalam keadaan free gear kuat bergegar. Mintak pomen cek dan servis.

Accumulated cost: RM4170+RM80=RM4250

Nampak gaya kena buat tuning pulak.

Selepas beberapa bulan, update terbaru seperti berikut.

Setakat 15 March 2016

Step 10:

Bateri yang baru ditukar dah kering. Sebulan lebih tersadai sebab sibuk sangat nak betulkan. Bila cek 2 hari lepas rupanya alternator rosak. Tukar baru.

Accumulated cost: RM4250+RM230=RM4580

Step 11:

Sebelum ni ada pomen dah pesan absorber kancil ni dah keras. Tukar absorber depan.

Accumulated cost: RM4580+RM250=RM4830

image

Boleh jadi lepas ni kena tukar belakang pulak. Tengok keadaan dulu.

Step 12:

1 rim cover pulak tercabut. Tanya kedai kat stadium kena beli 1 set. Kasi pasang mentol reverse 1 kali.

Accumulated cost: RM4830+RM70=RM4900

Step 13:

Tengah tukar rim cover tadi, budak cina tu matikan enjin. Nak start balik dah tak boleh. Terus call kedai bateri yang tukar alternator 2 hari lepas. Aiyaa…lu cakap sudah setel tapi kancil gua tak boleh start apa macam? Apek suruh pergi kedai dia semula. Ok, jangan tutup kedai lagi.

Kedai bateri cek cakap bateri tiada masalah. Abis tu apa macam tak boleh start? Starter punya hal. Tapi gua sudah tukar alternator semalam? Ok saya kasi awak try ini bateri baru. Kalau tiada masalah awak pakai ini bateri baru. Ok. Sebelum balik dia kata tali kipas bising. Kalau mahu tukar esok baru boleh buat. Ok lah. On the way balik, tak tahan bunyi bising… masuk kedai pomen Melayu di IM14. Lepas godek dia cakap takde tali baru. Pakai je lah second hand dulu. Bunyi bising dah tiada. Kos RM10. Ok esok saya tukar starter.

Accumulated cost: RM4900+RM10=RM4910

Step 14:

Datang semula ke kedai IM14 sebab semalam dah lewat sangat waktu maghrib. Pomen order starter kancil. Katanya bukan original, kalau original second hand lagi mahal dari yang ini. Takpelah asal aku boleh start kereta ni.
image

Accumulated cost: RM4910+RM240=RM5150

Prev PostUMobile Hero Postpaid P70
Next PostText placeholder

Leave a reply