Sistem CCTV cara DIY

Pemasangan CCTV mungkin tak sesusah yang dibayangkan. Kita semua sebenarnya boleh mendapatkan sistem CCTV cara Do It Yourself (DIY). Sistem CCTV ini akan memberi kebebasan kepada berapa banyak camera yang hendak dipasang, dan juga storage lebih besar untuk recording cycle yang lebih lama.

Alatan diperlukan:-

1. Router – elemen ini diperlukan bagi tujuan Local Area Network (LAN). Adakah anda perlu beli router semata-mata untuk tujuan ini? Bergantung. Biasanya bagi pelanggan Streamyx/Unifi, fasiliti ini telah tersedia.

2. Switch – optional, jika port di router telah habis digunakan maksudnya anda memang perlukan switch.

3. PC/Laptop – ini adalah box yang diperlukan untuk memasang DVR software iSpyConnect. Software ini boleh dimuat turun secara percuma. Perkara yang anda perlu tahu, PC/Laptop ini tidak boleh ditutup/shutdown, jadi sila gunakan PC yang dengan penggunaan kuasa yang rendah. Tidakkah ini akan membazir penggunaan electricity? Saya cadangkan anda menggunakan laptop ataupun mini PC dengan voltage yang rendah bagi tujuan penjimatan tenaga.

4. IP camera – harga IP kamera pada masa sekarang tidaklah semahal sebelum ini. Anda boleh dapatkan ip camera pada kadar RM200 ataupun kurang daripada itu.

5. Wi-Fi camera – peralatan ini merupakan peralatan pilihan. Wi-Fi camera sekarang boleh diperolehi pada kadar yang munasabah sekitar RM200-RM500/pc.

6. PC/Notebook – device yang biasa digunakan untuk access video dari camera.

7. Mobile access – selain PC/Notebook yang berada dalam LAN, smartphone juga boleh digunakan untuk access camera samada dari dalam LAN atau dari luar.

Ok begitulah beberapa perkakasan yang diperlukan untuk mengadakan sistem CCTV cara DIY. Kebanyakan perkakasan ini telah sedia ada di rumah, kecuali camera. Jadi kos untuk mengadakan sistem CCTV sebegini hanyalah sekitar RM200 hingga RM500.

Selamat mencuba.

Prev PostInstall self hosted speedtest script on Centos 7.4
Next Post"Kenapa dia putih, aku gelap" - rahsia kulit cantik dari Dermags

Leave a reply