Tidak ada syurga bagi orang bukan Islam? Part 1

Dalam perjalanan pulang dari menghadiri kursus yang dibuat oleh syarikat, saya dan rakan baik berborak tentang beberapa isu menarik. Termasuklah hak ekslusif orang Islam terhadap syurga.

Menurut kawan saya ini, tidak kira betapa baik macam mana sekalipun seseorang itu, tanpa akidah maka dia tidak akan ke syurga.

Saya tidak ada pengetahuan yang banyak tentang ini. Jadi saya hanya membincangkan kenyataan dari kawan saya ini dari sudut akal dan logik saja, sekadar untuk mendapatkan pencerahan seterusnya.

Memandangkan tidak ada persetujuan di situ, kami mengubah topik kepada perkara lain. Topik yang asal itu kita tinggalkan untuk dihadam dan dibaca kemudian.

Tapi bila sampai dirumah, saya terima 2 capaian video dihantar oleh rakan saya tadi ke Whatsapp. Satu video ceramah dari Ustaz Azhar Idrus dan satu lagi dari Dr. Zakir Naik.

Ini video dari Ustaz Azhar Idrus:

Sesetengah orang tak gemar mendengar bahasa dari UAI, tapi bagi saya takpelah ini ilmu. Boleh hadir dalam banyak bahasa.

Menurut UAI, Quran menyatakan neraka dibuat untuk orang-orang kafir. Dalil dibacakan;

“Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.”

Al-Baqarah, ayat 24.

Menurutnya lagi Imam Qurtubi berkata ia jelas menunjukkan neraka dibina untuk orang-orang kafir.

Rujukan lain;

“Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka Jahannam.” (Al-Jin: 15)

“Sesungguhnya kalian dan apa yang kalian sembah selain Allah adalah makanan Jahannam, kalian pasti masuk ke dalamnya.” (Al-Anbiya: 98)

Laman web;
Laman 1
Laman 2

Ini video dari Dr. Zakir Naik:

Menurut Dr. Zakir Naik, berdasarkan surah Al-Asr 1-3;

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Berdasarkan ayat di atas, terdapat 4 perkara yang diperlukan untuk seseorang menemui syurga;

1. Iman
2. Amal soleh
3. Berpesan kepada kebenaran
4. Berpesan kepada kesabaran

Islam berasal dari kata asal “salam” bermaksud kedamaian dan tunduk kepada Allah.

Setelah itu saya membuat beberapa carian lain, antaranya video dari Dr. Maza.

https://www.youtube.com/watch?v=V3mCmvlHNbg

Namun terdapat sedikit perbezaan pendapat dalam hal ini dari Dr. Maza.

Menurut beliau, perbuatan baik dari sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam hendaklah dihargai di dunia ini.

Berdasarkan ayat An-Nisa 86,

“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.”

Nilai kehidupan yang baik di dunia ini adalah, perbuatan yang baik dibalas baik.

Tetapi di akhirat, terdapat beberapa golongan kafir yang akan diadili:

1. Golongan yang tidak pernah tahu akan seruan Islam dan
2. Golongan yang tahu tentang seruan Islam, tetapi tidak menerima maklumat yang benar
3. Golongan yang sengaja tidak mahu mendengar tentang Islam
4. Golongan yang mendengar maklumat sebenar tentang Islam, tetapi tidak mahu beriman

Golongan 1 & 2 diharapkan masuk ke syurga, dan golongan 3 & 4 tempatnya di neraka.

Seterusnya adalah penjelasan dari Ustaz Majed Mahmoud;

Menurut beliau, beberapa kategori kafir adalah seperti berikut:

1. Golongan yang tahu akan dakwah Islam, tetapi menolak
2. Golongan yang tidak tahu
a) Golongan yang tidak tahu langsung tentang Islam
b) Golongan yang tahu tentang Islam tetapi mendapat maklumat yang salah
c) Golongan yang hanya tahu sedikit tentang kebaikan Islam

Menurut Ustaz Majed, ulama-ulama seperti Ibn Kathir, Ibn Al Qayyim, Al Lajna Ad Daemah dan ramai lagi ulama berpendapat bahawa golongan kedua ini tidak dapat dipastikan tempatnya melainkan dengan rahmat Allah.

Berdasarkan surah Isra’ ayat 15;

“Whoever is guided is only guided for [the benefit of] his soul. And whoever errs only errs against it. And no bearer of burdens will bear the burden of another. And never would We punish until We sent a messenger.”

Kata Ustaz Majed lagi, berdasarkan ayat ini Allah tidak akan mengazab seseorang manusia sehingga dia benar faham dan tahu akan maksud kebenaran. Penjelasan yang jelas dan baik.

Prev PostMelaka Golf Open 750+5 - cadangan tambah baik
Next PostMaybank, Tabung Haji & Western Union

Leave a reply