Melaka Golf Open 750+5 – cadangan tambah baik

Kejohanan Golf Terbuka Melaka 750+5 (Melaka Golf Open 750+5) telah melabuhkan tirainya sekitar jam 7.00pm semalam 29 Oct 2017. Kejohanan ini yang mencatat rekod terbesar sebagai penganjuran golf yang paling ramai disertai di Malaysia dalam Guiness Book of World Records.

Kejohanan ini bermula pada 28 Oct dan disertai seramai 1200 orang pemain golf tempatan dan luar negara. Perlawanan berlangsung di 5 lokasi iaitu:

Ayer Keroh Country Club

A’Famosa Golf Resort

Tiara Melaka Golf & Country Club

ORNA Country Club

Jasin Heritage Golf Club

Entry fee adalah RM300 untuk satu perlawanan, dan RM450 untuk dua perlawanan. Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuk cabutan bertuah berupa barangan elektrik, motosikal dan 2 unit kereta Axia.

Syabas diucapkan kepada kerajaan negeri Melaka di bawah naungan TYT Tun Mohd Khalil dan Ketua Menteri Dato Seri Idris Haron. Penganjuran ini amat hebat sebagai salah satu produk pelancongan dan saya amat berharap boleh menjadi ikutan negeri-negeri lain.

Saya telah menyertai kejohanan ini sejak beberapa tahun dan InsyaAllah akan menyertai lagi di masa hadapan.

Sebagai seorang peserta, ada beberapa perkara yang saya fikir boleh diambil maklum oleh pihak penganjur.

Kita mulakan dengan positive feedback:

1. Hadiah yang ditawarkan memang hebat dan menarik.

2. Yuran penganjuran agak munasabah.

3. Sokongan di peringkat tertinggi dari pemerintah negeri menunjukkan komitmen yang sangat baik dari kerajaan.

4. Pengacara majlis Datuk Khamis tidak pernah mengecewakan untuk membawakan suasana majlis yang lancar.

5. Tahun 2017 ini ada pengacara import dari Jakarta yang cantik, pandai menyanyi dan pandai mengacara – satu perkembangan positif.

6. Makanan yang sedap dan mencukupi sepanjang majlis.

7. Lokasi strategik di MITC, nampaknya penganjur belajar dari pengalam hujan di ruang terbuka semasa penganjuran 2016.

8. Golf course yang cantik dan menarik, walaupun padang agak keras tetapi itu hanyalah cabaran bagi golfer untuk usaha lebih sikit.

9. Pendaftaran mudah melalui channel digital.

10. Keadaan baik di lokasi perlawanan seperti buggy dan facility lain.

Selain itu, saya juga ada maklum balas yang boleh diambil untuk idea penambahbaikan:

1. Selenggara penyediaan F&B di lokasi. Saya main di Tiara kehabisan air mineral sejuk.

2. Penyampaian hadiah cabutan bertuah perlu lebih telus. VIP yang membuat cabutan patut baca sendiri nombor yang dicabut, bukan beri bola cabutan kepada MC. Ini kerana terlalu ramai Dato, Dato Seri, Tan Sri dan orang-orang besar yang menang hadiah lucky draw, menimbulkan kesangsian pada orang lain rakyat marhain.

3. Segerombolan VIP berpangkat YB didapati menghisap rokok dalam dewan yang majlisnya sedang berlangsung. Perangai tak ubah samseng Kg. Dusun. Di sini kita lihat ada golongan wanita, bayi dan golfer-golfer lain yang non-smokers. Sila sediakan bentara untuk iring mereka ini hisap rokok di luar.

Begitulah maklum balas saya seadanya. Banyak yang elok dari yang tidak. Semoga penganjuran ini dapat diteruskan lagi untuk masa hadapan dan terus mendapat sokongan dari peminat golf Malaysia dan antarabangsa. Semoga TYT Tun Mohd Khalil diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk terus memimpin negeri Melaka.

Walaupun saya tak menang sebarang hadiah, tapi saya enjoy lawatan ke Melaka ini. Terima kasih!

Prev PostLahir, hidup dan pergi
Next PostTidak ada syurga bagi orang bukan Islam? Part 1

Leave a reply