Tulisan Jawi Tanggungjawab Siapa?

Beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini berkenaan tulisan Jawi mungkin ada hikmahnya. Seorang ahli politik bukan-Melayu dikatakan menentang penggunaan tulisan Jawi di papan tanda jalan dan berjaya menghapuskannya. Ramai orang-orang Melayu yang melenting, tak kurang juga yang bersetuju dengan tindakan ahli politik berkenaan. Kenapa jadi begitu saya pun kurang pasti. Mungkin sebab kita suka sangat berpolitik, maka semua perkara pun kita akan politikkan.

Jika tidak kerana tindakan ahli politik bukan-Melayu itu, adakah antara kita yang rasa terpanggil untuk melindungi tulisan Jawi? Tidak adakah rasa cinta dan tanggungjawab kita pada warisan ini? Apakah bila kita terpandang tulisan Jawi sama rasanya seperti terpandang tulisan Cina atau Tamil?

Sesetengah orang begitu hipokrit. Kononnya ada pihak yang berjuang menubuhkan satu negara tanpa politik perkauman. Dalam keadaan sekarang apakah perkara ini mustahil? Rasa saya tidak.

Kerana mereka yang hipokrit ini juga berjuang untuk kaum mereka sendiri dan mahu mengalahkan kaum yang satu lagi.

Prev PostSiapa kata khidmat bukan-Melayu lebih baik?
Next PostSindiket Gores Tapi Tak Menang

3 Comments

  • awangku

    January 10, 2009 at 4:25 pm

    Assalamualaikum.
    Ini masalahnya kalau Melayu tidak tahu tentang bangsanya. Syor generasi muda diberi pendedahan berkaitan keMelayuan – bahasa, budaya, falsafah, agama, tanah air dan sebagainya tentang alam Melayu. Pengajian Melayu ini perlu diperkasa dan menjadi keutamaan berbanding disiplin lain. Tulisan Jawi adalah sebahagian daripada bahasa Melayu. Ada yang sengaja ‘membutakan’ ini semua demi motif yang keji.

    svgReply
  • Basri MY

    October 13, 2008 at 8:47 pm

    Bagus sungguh kalau rata-rata antara kita berfikiran seperti Awang Mat. Syabas.

    svgReply
  • Awang Mat

    October 13, 2008 at 6:39 pm

    Warisan kita tanggungjawab kita.Takkan tak faham maksud tanggungsawab.Mahukah kita dikatakan bangsa yang tak tahu bertanggungjawb.Soal suka atau tidak suka, itu hal lain.Pandai atau tak pandai baca tulisan jawi, itu juga soal lain.Soal tanggungjawab soal orang waras.

    svgReply

Leave a reply