Apa jadi dengan Western Union di BSN?

Selalunya saya mendapatkan bayaran melalui Western Union melalui CIMB. Tetapi memandangkan CIMB tidak lagi bertindak senagai agen WU, saya telah berubah arah ke BSN. Sebelah menyebelah sahaja.

Perbezaan pertama antara pengalaman saya berurusan WU bersama CIMB vs. BSN ialah borang yang berbeza. Borang di BSN lebih simple, tetapi ada satu kotak untuk “soalan ujian”. Saya tak pernah ambil kisah tentang ruangan ini.

Setahu saya, untuk terima bayaran dari Google, hanya maklumat berikut dibekalkan:

1. MTCN
2. Jumlah pembayaran
3. Nama & alamat pengirim

Tidak pernah Google membekalkan saya sebarang maklumat berkenaan “soalan ujian”.

Perkara kedua, beza WU di CIMB dan BSN adalah dari segi kecekapan teller mereka. Di CIMB, kelihatan mereka ini lebih cekap dan “sudah biasa” dengan WU. Berbeza dengan BSN, mereka ini nampak kekok dengan sistem WU. Ini diakui sendiri oleh mereka yang transaksi WU jarang-jarang dibuat.

Jadi alkisahnya hari ini saya pun nak ambil payment saya sekali lagi. Setelah lebih setengah jam menunggu, saya dimaklumkan transaksi ini tidak berjaya kerana mereka memerlukan “soalan ujian” dari Google. Soalan ujian apa?

Terpaksalah saya pulang saja dan menulis email kepada Google. Masih menunggu jawapan. Harapnya hanyalah salah faham.

Kerana dalam FAQ Adsense, hanya negara tertentu sahaja yang memerlukan soalan ujian bagi kes WU, tidak termasuk Malaysia. Apa sudah jadi? Samada polisi WU untuk Malaysia sudah berubah, atau pekerja BSN dah terkeliru.

Prev PostJejak maid #1 - bermulanya satu episod baru
Next PostGoogle, Bank Rakyat & Western Union

Leave a reply