Jejak maid #1 – bermulanya satu episod baru

Telah banyak cerita-cerita seram tentang suka-duka rakyat Malaysia dalam kisah-kisah mereka mendapatkan maid bagi membantu tugas di rumah masing-masing. Khabar-khabar seperti penipuan oleh agen, penipuan oleh maid sendiri, maid melarikan diri dan sebagainya sering didengar.

Tapi mahu tak mahu kita ada cabaran tersendiri dan kekangan masa untuk menguruskan segala-galanya di rumah. Dari hidup berdua, sudah bertiga dan kini telah setahun hidup berempat. Anak sulung umur 4 tahun, yang kedua 1 tahun lebih. Kita mahukan yang terbaik untuk keluarga tersayang. Jadi kita memerlukan bantuan seseorang untuk menguruskan hal-hal rumah yang tak termampu untuk dibuat sendiri.

Mendapatkan maid sendiri – tugasan yang mencabar. Banyak bacaan yang saya buat di internet tentang pengalaman orang lain. Kali ini saya yang nak cuba sendiri. Telahpun buat bayaran dan menunggu tarikh tibanya maid berkenaan. Agen menjanjikan maid berumur 30an, telah berkahwin dan beranak. Maid akan tiba menggunakan pas pelawat. Jadi tugasan saya selepas ini adalah menukarkan permit pelawat itu menjadi permit pekerja.

Saya telah ambil sejumlah borang di pejabat imigresen, ada 14 senarai semak, tapi salah satunya tidak perlu diisi, kata pegawai imigresen di kaunter. Yang tak perlu diisi ialah borang ke-7, laporan perubatan bakal pembantu rumah.

Semua borang ini perlu dihantar ke Putrajaya sendiri – by hand. Tak perlu bawa maid. Maklumat itu yang saya dapat setakat ini.

Semoga segalanya dipermudahkan.

Prev PostHow do I flash my android device (Novo7 Aurora v1)?
Next PostApa jadi dengan Western Union di BSN?

Leave a reply