Easturia Vacation Club (EVC) – tolong review

Easturia Vacation Club (EVC) adalah satu produk ‘timeshare’ percutian yang diuruskan oleh Sara Worldwide Vacations Berhad, sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan Sarawak di bawah Sarawak Economic Development Corporation (SEDC). Konsep lebih kurang sama dengan Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC). Saya pernah hadir ke jemputan promosi SGIVC dan ada tulis satu artikel yang mana terdapat banyak feedback yang berguna untuk dibaca sebelum anda ambil sebarang keputusan. Ada pro & kontra, sila baca di artikel ini Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) – apa pendapat anda?. Dah lama, tahun 2014 dulu lebih kurang 3 tahun dah.

Tapi agaknya nama saya ni ada ong dan bertuah, beberapa hari lepas saya dihubungi oleh agen Easturia Vacation Club (EVC) dari Sarawak. Kata agen tu, program ni tak sama langsung dengan program-program lain yang ada di luar sana. Tapi modus operandi lebih kurang sama, ajak dengar taklimat dan dapatkan penginapan 3D2N secara percuma.

Lepas hantar anak ke kelas art, oleh kerana hari Sabtu ada sedikit masa lapang untuk saya hadir. Mungkin betul ia lain dari yang lain, siapa tahu. Walaupun dalam hati memang kita tahu ini cuma gimik marketing.

Sedikit sebanyak tentang EVC ni, saya cerap dari taklimat promoter yang bertugas:
-program EVC untuk jangka waktu 30 tahun
-mereka sediakan facility untuk penginapan
-duduk di hotel 3,4 atau 5 star dengan bayaran yang sama
-boleh bawa tetamu lain sekitar 2-6 pax
-boleh jual facility yang ada pada orang lain
-booking sekurangnya 2 minggu sebelum
-ada juga yang boleh booking last minute dalam tempoh 48 jam
-untuk lokasi home-based iaitu hotel milik SEDC, tak perlu bayar booking
-untuk hotel affiliate perlu bayar (lupa jumlah)
-ada satu jenis booking RCI yang guaranteed booking, jika dalam negara perlu bayar RM500, jika luar negara pelu bayar RM1000 per booking
-ada maintainance fee lebih kurang RM500 setiap tahun
-pakej dijual pada harga RM16k dan RM20k, beza cuma pada jumlah malam (yang RM20k ada 7 malam, RM16k ada 5 malam kalau tak silap)
-ditawarkan hanya sekali seumur hidup pada 1 keluarga, kalau reject lepas ni dah takde offer macam ni
-perlu decide masa tu juga, tak dibenarkan untuk balik fikir di rumah
-kalau nak join perlu terus bayar separuh iaitu RM8k untuk pakej paling kecil dan seterusnya bayar RM233 selama 3 tahun

Begitulah lebih kurang tawarannya, minta maaf jika ada tersilap sebab saya cuma ingat seimbas lalu pada apa yang disampaikan oleh promoter.

Oleh kerana saya tiada masa untuk buat penilaian, maka jawapan saya kepada EVC adalah NO. Mana mungkin saya boleh buat keputusan masa tu juga tanpa rujuk sebarang testimonial dari pengguna lain.

Bagaimana dengan para pelawat yang lain?

Sudilah kiranya memberikan pendapat masing-masing berkenaan EVC di sini.

Insyaallah akan ada faedah untuk orang lain.

Prev PostTerkini! Pakej Haji 2017
Next PostSkim Cepat Kaya - tanggungjawab bersama

26 Comments

  • CY

    June 15, 2019 at 10:42 pm

    Jangan terpedaya oleh kata-kata manis jurujual. Ada banyak isi-isi kandungan penting tidak diberitahu sebelum jadi ahlinya. Saya pun ahli tetapi sudah batalkan ahli saya selepas mendapati sesuatu tak betul. Untuk menggunakan RCI, ahli EVC hanya sah 1 tahun percuma tetapi perlu bayar lagi ahli RCI selepas tu. Apabila saya nak buat tempahan, mereka asyik kata ‘not able to confirm atau room fully booked’. Sudah satu tahun lebih, mereka masih mengunakan jawapan yang sama. Mereka tiada niat untuk buat tempahan untuk kamu. Respon pun sangat lambat. Mereka ni penipu sebenarnya. Yang nak jadi ahli, jangan. Yang baru jadi ahli, batalkan saja ahli. Kalau bayar penuh pun tak akan dapat bilik.

    svgReply
    • Noor

      July 11, 2019 at 2:44 pm

      Jangan ambik Easturia vacation club ni, janji manis2 semua, tapi memang tidak berbaloi. Saya ter-trick masuk club ni, hotel memang semua dikatakan bagus, tapi bila nak book hanya sehari saja available yg lain tu kena bayar sendiri. Lepas tu tidak ada breakfast, bayar juga. Saya dah bayar 14k lebih dan bila nak cancel membership tak boleh pula, habis duit yg kita dah bayar. Hotel semua yg diberi kena book lebih awal. Saya skrg tertekan sebab tak boleh cancel and kena pula bayar maintenance fee setiap tahun. Kepada sesiapa di luar sana, jgn percaya Easturia Vacation Club, semua jnji manis sahaja. Duit di ambik services tak seperti yg dijanjikan. Kalau nak book hotel pergi ke agoda atau direct book di hotel yg kamu nak, lagi murah dan ada breakfast. Ingat jgn jadi macam saya suda terperangkap dalam club dorang ni. Nak keluar habis duit, nak stay kena bayar lagi tahunan. Nak cari sales agent tu dah tak kerja lagi kat situ. Sesiapa tolong bagi advice mcm mana nak keluar tanpa rugi yg melampau.

      svgReply
    • Noor

      July 11, 2019 at 2:52 pm

      Hello, can you tell me how to get out of the scam, I bought for 14k, and as you said, I got garbage

      svgReply
    • HASLINA BT AHMAD

      August 16, 2021 at 11:37 am

      Saya setuju dengan comment tuan puan di atas.
      Saya pun salah seorang ahli EVC ( hampir 8 tahun ).
      Membayar Yuran keahlian setiap tahun. Tapi tempahan penginapan yang pernah saya buat, rasanya banyak yg mengecewakan daripada berjaya dapat tempahan.
      Sepanjang MCO pun pihak EVC masih minta Yuran keahlian.
      Masalah saya sekarang, bagaimana saya ingin menamatkan keahlian saya dengan EVC?
      Adakah pemulangan Wang kita diberi semula walau pun tidak 50%?
      Mohon tuan puan membantu saya berdasarkan pengalaman tuan puan.
      Terima kasih.

      svgReply
  • Janice

    November 19, 2018 at 3:21 pm

    skrg jadi 17k & 22k sudah… 17K 4 malam tapi book hotel hanya 1 malam weeked boleh pakai saja…

    svgReply
    • Noor

      July 11, 2019 at 2:46 pm

      Betul saya pun kena benda yang sama, nak cancel tak boleh, habis wang yg dah bayar dlm 14k

      svgReply
  • Ng Thin Hock

    July 19, 2018 at 4:23 pm

    Jangan percaya pada sebarang vacation club. Kalau nak buat booking , pergi ke Agoda

    svgReply
    • Noor

      July 11, 2019 at 2:47 pm

      Setuju, csaya dah bayarc24k, tak boleh keluar kena stay, nak keluar jg tak ada apa2 you dapat balik, cekik darah tu Easturia vacation club, janji manis2

      svgReply
  • Ng Thin Hock

    July 19, 2018 at 4:16 pm

    Jangan percaya pada semua vacation club , tak kira apa club. Kalau nak buat tempahan hotel , pergi ke agoda.

    svgReply
  • Khairuddin Dahalan

    April 30, 2018 at 12:23 pm

    Saya dah pergi and dapat voucher… usah percaya.. penipu… kalau nak book standart jawapan, semua bilik fully booked…

    svgReply
  • Chen Chen

    November 17, 2017 at 3:22 pm

    Never believe this kind of cheating programs! They can giv you voucher…. But by the time booking.. Always said the date is fully booked!
    Never never get into trap! Don’t believe this time sharing program! Waste u time to listen the bullshit! If u smart in math, u no need install money for those vacation nor you may get tie and can’t move to other choice! Don’t be silly and fool by this kind of club!

    svgReply
  • Hello Kitty

    November 11, 2017 at 5:05 pm

    Baru jumpa.. becoz we dont like offer, that marketeers boleh ckp hipokrit lah, dgr ckp binilah, laki bini tidak da persefahaman.. its up to client to decide. U r not allowed to interfere people’s marriage. Shame on u.. rude words to client.. not recommend to others.. but we got voucher!!! after listening all rubbish statement

    svgReply
    • mohd izmir

      November 11, 2017 at 5:31 pm

      bagus…satu tindakan yg bagus…sya pn dpt voucher jgk…tp bleh guna utk cek in hotel bkn pd hujung minggu, cuti umum dan cuti sek..habis bila nk cek in nya..mangkok tol la..ermm..sabo je lah…

      svgReply
  • Kitty

    November 11, 2017 at 5:00 pm

    Baru jumpa.. becoz we dont like offer, that marketeers boleh ckp hipokrit lah, dgr ckp binilah, laki bini tidak da persefahaman.. its up to client to decide. U r not allowed to interfere people’s marriage. Shame on u.. rude words to client.. not recommend to others.. but we got voucher!!! after listening all rubbish statement

    svgReply
  • Oneil Chung

    October 22, 2017 at 6:05 pm

    Keputusan untuk mengatakan TAK NAK merupakan keputusan yang terbaik Bro. TERBAIK!

    Esturia vacation club merupakan produk timeshare yang sepertimana produk timeshare yang lain yang mempunyai ciri ciri yang amat bagus dan memanfaatkan. Bagi mereka yang suka traveling, produk tersebut amat berguna sekiranya kamu suka traveling cara back packing dan terutamanya ke negara yang currency exchangenya lebih tinggi dari kita. Sekiranya kamu anggap nya sebagai buy in kepada program exchange RCI (which is much more expensive) maka ia adalah berbaloi.

    TETAPI! EVC kini adalah GARBAGE kerana management nya. If you buy in to ESTURIA there is no such thing as VIP treatment Walaupun kamu beli package yang paling mahal, you don’t even have a name at the club meetings. Like cows and animals you get a colored serial numbers stuck on you.

    Kalau mok booking hotel, boleh tapi mimpi sajalah kalau you mok in two weeks or 48 hours. Ask any EVC member and they will laugh at you. NO SUCH THING. It’s either book half year in advance or you get the default answer, NO ROOM. And you don’t book a room. kalau you masih mempunyai cara pemikiran sedemikian, jangan buy in. Cara betul untuk book a room through esturia is to get on your knees and BEG.

    Your days entitlement will most definately be forfeited. They say can draw forward or accumulated? Tipu draw forward or accumulate one year only. And they will make it semacam pembedahan otak. Most of the time, you just give up. If you berani buat aduan, mereka akan memberi alasan standard iaitu kamu telah sign agreement, makanlah diri kamu sendiri.

    Management nya malas, munafik dan kurang ajar pada tahap maksima. Walaupun produknya bagus, tapi management nya is pure GARBAGE. Berani mereka jual nama CM Abg Zohari dan Kerajaan Sarawak.

    So my friend, the horror story don’t stop there. It’s the never ending horror story of laziness and stupudity. I’m an Esturia member Bro, and I tell you, I will spit in the face of its management if I see them.

    svgReply
    • Payla

      December 15, 2017 at 3:04 pm

      Hello..jist mau tanya kan..kalau kita tiba2 tidak berminat lg mau join easturia membership,what shud we do??im one of the member since april 2017..feel like it is useless now..we pay everymonth but we never use it..so just want to ask what we shud do to terminate the membership..thanks for the response..

      svgReply
      • Dwin

        March 6, 2018 at 10:35 pm

        Saya pun tidak berminat … cara tak berfaedah… jadi bagaimana nak stop join

        svgReply
        • Basri MY

          March 7, 2018 at 10:11 am

          Cuba hubungi pihak Club dan minta nasihat mereka. Jika tiada respon ada solution masih boleh bawa kes ke tribunal pengguna.

          svgReply
      • Noor

        July 11, 2019 at 2:53 pm

        Hello, saya pun sama, dah bayar 14k, service teruk, nak keluar duit tak dikembalikan, what should we do

        svgReply
    • Zee

      December 23, 2018 at 10:26 pm

      Sir. Can I have your phone nmbr? I would like to know more about your experience as I already join EVC this month. How can I cancel it?

      svgReply
      • Noor

        July 11, 2019 at 2:55 pm

        If only one month cancel immediately, you will lose even more

        svgReply
    • Noor

      July 11, 2019 at 2:50 pm

      Hello, can you tell me how to get out of the scam, I bought for 14k, and as you said, I got garbage

      svgReply
  • Maday sbry

    September 9, 2017 at 9:49 pm

    Saya pun ada jemputan ni..tak pegi lagi..tgh fikir tujuan dia…takut2 kena byr itu ini…

    svgReply
    • mohd izmir

      October 29, 2017 at 4:05 pm

      sya baru lepas meeting dgn diorg a tadi..dan jawapannya ialah “NO”..sori laa nk suruh buat keputusan yg bernilai berbelas2 ribu dalam tempoh sejam je…huhu

      svgReply
    • Noor

      July 11, 2019 at 2:51 pm

      Good, don’t go

      svgReply
    • Noor

      July 11, 2019 at 2:55 pm

      Jangan pegi.. Buang masa

      svgReply

Leave a reply