Lahir, hidup dan pergi

Alangkah baiknya jika setiap hari kita dapat mempelajari sesuatu yang baru. Pelajaran baru boleh datang dalam kelas formal atau mungkin saja dalam kejadian-kejadian biasa berbentuk kata nasihat dari orang lain, pemerhatian pada perkara yang berlaku di sekeling dan sebagainya. Dengan kata lain, pelajaran boleh sampai sebilang masa, cuma mampu atau tidak kita mencerap maknanya ketika mana ia berlaku.

Dalam diskusi team hari ada perkara yang boleh dipelajari. Ianya tentang product life cycle yang bermula dengan acceleration, peak time kemudian declining. Rupanya lebih kurang bell curve, tetapi mesej adalah tentang kitaran hidup. Untuk mengelakkan sesuatu product mengalami zaman declining, malap dan terus dilupakan maka product berkenaan harus diberi nafas baru di jump over point ketika ia peak time cuma beberapa ketika sebelum ia mula declining.

Menurut Puan yang bercerita, hidup kita juga turut mengalami cycle yg lebih kurang sama. Jika kita berada pada satu titik yang sama buat seberapa lama, tanpa sebarang perubahan, tanpa kondisi baru, cabaran baru, maka ia adalah masa yang sangat sesuai untuk jump over.

Untuk mengelakkan zaman declining, maka satu perubahan amat diperlukan.

Prev PostIs OneDrive for Business really secure and private?
Next PostMelaka Golf Open 750+5 - cadangan tambah baik

Leave a reply